Monday, February 1, 2010
Antara Engkau dan Aku
Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui
Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…
Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…
Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…
Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…
Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…
Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…
Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…
Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…
Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Hye! sebenarnye aku memang dah berniat awal2 dari dapat tawaran pergi temuduga haritu lagi, aku akan update pengalaman aku. fuhh. dahla ta...
-
Salam, Haluuu =) ok since this is my second post regarding pengalaman temuduga SPA means yg dulu nye aku gagal ye.. hhihi.. dapat simpanan...
-
Assalamualaikum :) dah kenapa ntah aku nieh, serius aku macam ada sesuatu kekacauan jiwa taw.cam sume benda aku nak cerita kat belog.yeah....
No comments:
Post a Comment