Salam uols,
sebenarnya aku dah lama verangan nak bercuti ke Sabah ok. sape yang tak tergoda bile sokmo viral gamba2 or itinerary orang ke sabah bergmbar sakan dengan lembu2 dan pemandangan yang cantik.kau ghaseeee
Sabah memang terkenal dengan tempat2 yang cantik dan hasil laut yang murah.. Untuk korang yang plan nak pergi sana mungkin boleh usha2 tiket flight time promo. Boleh dapat murah. Kami last minute plan n beli tix agak mahal.. return ticket estimated around RM270.
Kami ke sana dari 11-14 November 2016 which is 4 hari 3 malam. Dengan bantuan ex room mate Unisza aku, maliah yang ikut suami dia kerja kat Sabah, dorang volunteer jadi tourist guide kitorang, and semua plan mmg smooth alhamdulillah.
Day 1 (11th November 2016-Jumaat), Kota Kinabalu
Seawal 5.30 pagi kitorang dah bertolak ke KLIA2
7.30 pagi : Flight KUL -----> BKI
|
bangun awal pagi bukan penghalang nak posing penuh bertenaga k. kuikuikui ;p |
Safely landed dekat Sabah around 10.30 pagi camtu, Maliah dah standby amek kat airport :) . Hari macam mendung sikit masa tu. Tambah merunsingkan lagi, masa tu beg sandang aku tetiba putuss (ciss) so decided pergi cari beg dekat mall murah2 tapi ok, which is kat Centre Point Mall. Suasana dia macam kat dekat mall semenanjung jugak.. harga pun ok.. :)
|
sambil2 cari beg tu sempat lah merasa aiskrim gulung ni. Nice jugak.
Kak afy cakap kat johor pun dah ade hehe
|
2.00 petang - jalan2 area Pasar Filipino. Since Centre Point ni dekat je dengan Pasar Filipino yang terkenal dengan kerepek2 Sabah and mutiara2 tu, kami decided untuk jalan kaki je. Even masa tu hujan, saje nak merasa hujan emas kat negeri orang ;p
|
Filipino market
masa ni tak beli apa2 lagi, sebab nak compare harga dengan pasar malam Filipino yang khabarnye lagi murah |
4.00- 5.30 ptg Balik rumah Maliah, mandi2, rehat and makan.
6.00 ptg Maghrib& Isya' di Masjid Bandaraya KK, Likas. Nama lain masjid ni is Masjid Terapung Kota Kinabalu. Cantek dan bersih masjid dia. Teringat dekat Masjid Terapung Kuala Ibai, Terengganu hehe
7.00 mlm Jalan2 UMS.. hehe melawat kampus tak jadi diriku ;p khabarnya sis pernah mintak medic UMS first choice ye dulu, tp UMS x berminat dengan iols ;p
8.00 mlm : Pergi pasar malam Filipino utk shopping & dinner seafood :D (waktu yang ditunggu2 yahoooo ;p). Kitorang decided untuk shopping cenderahati and kuih cincin ke gelang ke rantai ke terus first day tu, sebab lepas tu nak fokus kat percutian terus. gitewhhh. kau hado?;p.
Tips: Btw utk yang pertama kali ke Sabah, memang aku cadangkan korang shopping barang2 mutiara tu kat Pasar malam tu sebab harga lagi murah :D. Macam harga gelang Pandora mutiara tu kami survey di Pasar Filipino rata2 RM15, tapi di night market rata2 RM10. dan kalau beli 10pcs ke atas boleh dapat RM9 :D
|
brooch mutiara yang kecik2 atas gabus ni pulak, boleh dapat 4 gabus RM10 =D |
|
ni brooch mutiara aku beli utk mak aku. besa sket. datin2 katako. RM10 satu kotak :)
banyak lagi design santek2 . rambang mataaan -..-" (so perempuan)
Untuk kuih cincin and amplang plak kami beli di gerai2 sekitar Pasar Filipino tu jugak :D.. Hari first je duet dah menipis T^T. So Zulaikha and Afifah -..-'. Dinner tu kami makan seafood di gerai2 sebelah Pasar Filipino tu jugak. Banyak sangat gerai2 seafood kat sana yang akan menggoda korang. |
Tips: Pilih fresh seafood yang dia masakkan, jangan sesekali amek yang dorang dah siap bakar tu. Risau dia bakar berulang2 yang semalam2 punya. Nanti kau sakit perot padan muke esok takleh jalan hehe ;p
|
sedap sangat udang butter basah + Ikan steam masak nyoya dia.. Nangesssss T^T
Kedai ni kalau dari entrance tu di belakang sekali belok kanan, hujung
(maap x sempat tengok nama kedai sebab sis lapo gaisss ;p) |
Kami makan berdua ni, tambah dengan nasi and dua biji air kelapa 2 biji total RM50 . Ok lah kot, rasa kalau tiga orang makan pun ok untuk portion lauk and nasi tu :P
Day 2 (12th November 2016-Sabtu), Kundasang, Sabah
trip kami ke Kundasang ni berlapan (Aku, Kak Afy, Maliah , Am (shuben maliah) & kawan2 Am - Zain, Aril, Faris & Aqily). So kami sewa Unser selama 2 hari (RM150/hari). Minyak pulak lebih kurang RM60 selama dua hari jalan2 ni :). Di Kundasang pulak kami menginap di Homestay Rihanna untuk semalam =D. Murah, selesa dan bersih :). Malangnya, x sempat nak ambil gambar homestay since check in pun dah gelap malam =..='
Homestay Rihanna: bilik single (satu queen bed)- RM80/malam
Family room (1 queen bed + 1 single bed) -RM120/malam
5.30 pagi : Bertolak ke Kundasang
7.40 pagi : Sampai di Kundasang. Alhamdulillah cuaca molek, nampak je bulatan ade Park Choy tu, ye lah ko dah sampai Kundasang hehe
Berhenti sarapan + singgah toilet di Pekan Kundasang dulu
|
Tandas Pekan Kundasang :D |
|
Pasar pagi dia ada kuih 30sen sebijik kuih lagi =D
|
8.30 pagi : Desa Dairy Farm, Kundasang
Tips: Sebaiknya kalau nak nampak view Gunung Kinabalu yang cantik tu datang lah before pukul 7 pagi. Sebab kalau makin lambat kabus akan tutup view gunung.
kecewa weyyy g Kundasang kalau x nampak view Gunung Kinabalu!
Macam weols pon, sampai2 kabus dah tutup gunung.. kecewa x terkata hehe...
Tiket masuk Dairy Farm : RM5
Ais krim : RM5.30
Susu kotak 500ml: RM 3.50
|
pintu masuk Desa Dairy Farm =D |
|
WAJIB BERGAMBAR KAT BATU BERSURAT DAIRY FARM NI K CHUOLSSSS |
|
freshhhh sangat rasa susu diaaaaaa |
|
eskem famous dairy farm. Coklat lagi best dari yogurt tu ^-^' |
|
depan bangunan jual eskem ngn susu ;p |
|
orang busuk memang lembu suke dekat ;p |
|
fefeeling ket ;p |
|
the boyss |
Bergambar bergambar dan terus bergambarrrrrrr ;p
and kalau ada kat Desa Dairy Farm tu
jangan lepaskan peluang bagi makan lembu/kambing awak rumput & susu kalau ada duit lebih okeyy
Rumput : RM1.50
Susu : RM1.00
|
anak angkat kak afyyy ;p |
|
eee geli okey nk bagi susu pun dia duk jilat2 dulu botol tu.rasa nak lari lintang pukang ^_^" |
|
kantoi penakut sampai kena tolak2 ;p |
|
tolak tolak orang rupenye dia jerit lagi lebih ;p |
12.00 tghari : Bertolak ke Tagal Luanti, Ranau (Spa Ikan)
Haaa kat sini kita main spa ikan.. Ikan kelah yang baling hanjing pon, hanjing mati k. wuwu. gelinya kaki kena gigit2 ikan. selama ni kita gigit ikan.ni dia pulak gigit kita. How dare chuuuuuuu ;p
Bayaran masuk : RM5
|
kak afy ni pelik betul tetibe berani kat sini ;p |
|
geli kena gigit ikan.. aku terkejut.. lompat , hempap ikan2 tu ;p |
|
macam juon je nak panjat kaki kak afy eeeeee ;p |
3.00 ptg :
Kolam air panas Poring
Bayaran masuk : RM3
Canopy walk : RM3
Kolam air panas panas ni antara tempat yang best gak korang wajib lawati masa kat sini. Ramai sangat orang kat sini, but then ok lah tempat dia, takdelah berebut pun nak mandi tu. Ade bahagian air panas, air sejuk and air panas untuk rendam kaki je. hehe
untuk orang malas cam aku kak afy n maliah ni, kitorang rendam2 kaki, rilex2 je.
Kaum lelaki pulak hiking nak mandi air terjun kat atas :P
Btw, canopy walk tu pun ada kat atas tu jugak ....kena hiking sikit.
tapi rasanya tempat tu x bahaya sangat pun kot.
Since aku tengok budak2 tu slumber je pakai selipar and bertuala masa nak g ;p
|
bace amaran dia shomelll ;p |
|
sungai comel bawah jambatan hehe |
|
canopy walk |
|
setiap tempat k bergambar.kau ghase x ke gallery mencecah 15k ;p |
|
budak busuk tak mandi limeblas hari |
|
geng2 malas nak berendam ;p |
Actually, before masuk poring ni kitorang lunch dulu... kedai makan depan pintu masuk dia tu.
mahal sket makan kat situ. Tapi ok lah dari kebulur ;p
6.30 mlm: Check in Rihanna homestay and kedebukk pengsan sepanjang malamm fenattt chuolssss ;p
sambil berdoa esok bangun dapat tengok gunung Kinabaluuuu ooo kinabaluuuu (angau ) hahahaha
berjaya atau tak weols?? kita tungguuuuuu
hehehehe
Bersambung di Itinerary Part 2
jeng jeng jenggg