Wednesday, July 6, 2011

money vs happiness.

Assalamualaikum...(:




semalam ada sorang customer ni taw, boleh aku kategorikan sebagai pangkat pakcik2 jugak.tapi dia smart, speaking tak henggat.umur nak 50 dah maybe? at fes aku macam annoyed gile nak layan kerenah dia..aku sibuk melayan orang yang beratur panjang nak bayar, yang dia pun sibuk gila time tu jugak nak tanya ubat apa yang paling elok kena makan untuk penyakit gout dia tu.suh tanya kat pharmacist takmo pulak.mungkin dia nampak aku paling berwajah dokter kot? (*^*)





gambaran pakcik.tehehe.smart sangat pulak.-_-"






tak cukup dengan tu, pakcik tu pun sibuk time tu jugak nak isi borang buat member card.siap nak suruh aku yang tuliskan sebab katanya matanya silau, payah nak tulih...melihat kepada customer yang boleh diibaratkan seperti keretapi panjang hingga ke negeri bangla, and farmasi yang short staff nak layan customer, aku memang agak bengang, pakcik yang mulut petah berkata omputih, juga mengaku pegawai kerajaan yang berpangkat ni saje je ke nak test aku. tapi aku tak marah, senyum je.comel tak comel kau rase?=')






bila dah setel sume nya, and customer pun dah say bye2 to farmasi and ika si pekerja yang cool, eh.kenapa tak boleh nak serius suke nak distracted ni?ok kita sambung, lepas tu, aku tengok pakcik tu tetap tegar je taknak blah2 dari sini. aku pandang je.tapi jangan risau, pandangan mata ini takkan turun ke hati pun.dia cam faham je, dia cakap nak tunggu pakcik amin, sape pulak ni.ouh kawan dia rupanya, pegawai perhutanan.emm.orang besar2 jugak dorang ni.aku tunduk buat2 sibuk tenyeh pricetag kat barang.inesen sungguh.hehehe






tiba2 kan pakcik tu meluah perasaan kat aku.jangan piki bukan2 weh, jangan nak buat pasal tetibe pakcik cakap i love u aku pun balas i luv u too.memang nak kena kejar dengan pakcik razak ayahanda tercinta lah.haha..BUKAN.dia bukak cerita tanpa dipinta.dia cakap penyakit gout dia dah semakin menjadi2 sekarang, makan ubat yang salu doc prescribed pun dah tak jalan. dia tanya aku, kalau stress sangat pun ada kena mengena ke dengan penyakit tu jadi lagi terok omaigod ke?.em, aku senyum je, nak bagi pendapat pun, aku takut, ilmu tak cukup, aku ulang ayat suh dia jumpa pharmacist kat belakang. dia senyap je.






dahtu dah tak senyap balik pasal dia dah setat bukak cerita balik, how stress dia, bila siblings dia sekarang berebut2 harta sampai naik court.dulu b4 mak dia passed away, dia lah yang jaga and bayar semua cukai tanah mak dia, dahtu bila mak dah takde, semua tuduh dia gila harta.adik beradik bersatu untuk lawan dia sorang.padahal dia cakap dia taknak pun semua harta tu.aku nampak kejujuran dari riak dia. tapi aku taktaw nak komen apa. perkara camnie kan sangat sensitif, kang cakap lebih2 kang, pakcik terguris lantas air jernih tumpah ke pipi sape nak pujuk? tisu takda dijual disini.=')








pengakhiran pakcik amin kawan dia datang n dia sempat beli beberapa ubat yang memang mahal2 belaka.masa nak bayar dia keluarkan duit gile belambak n berkepuk2, tiba tiba drama berlaku lagi, ada gamba sorang pompuan terjatuh.terkeluar dari mulut pakcik ni, pasal pempuan proffesor ni lah hidup aku lagi jadi serabut.sejak si prof ni tinggalkan aku hidup pakcik lagi jadi tak menentu.pakcik amin kawan dia just tepuk2 cakap saba, u ni lupekan lah semua tu.aku senyum lagi.mulut becok mungkin lari dipinjam angelina jolie.










aku terpikir, tak memasal aku buat kesimpulan kisah hidup pakcik tu, kena tinggal dengan bini yakni prof, dahtu mak meninggal, kena tuduh gila harta, di sue oleh adik beradik sampai naik court, dengan penyakit yang menderitakan dia lagi.takda orang amek berat lagi.. oh..berat nanang penderitaan jiwa kau pakcik.tapi aku respect gila dia, dia tetap mampu tersenyum and tabah.padahal aku ni, cengeng je, bila shot sikit dah down, bila result test terok dah rasa apehal aku paling malang kat dunia ni.see, ramai je lagi orang lagi tak bertuah dari kita kat dunia ni.pakcik mungkin bertuah dari segi pangkat dan kekayaan, tapi kebahagiaan? so sekarang rasa nak percaya tak kat pepatah kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit?




money versus happiness, which one u might choose?:)








maksud kebahagiaan bagi aku?hehe..mungkin kalau berjaya jadi super dietitian U51 pun dah ok, balik kerja anak2 and suami sambut dengan riang gembira, hujung bulan berkumpul dengan adik beradik kat umah umi ayah, tak pun lawat mentua, dapat suami best and boleh masak same2.kah3 and paling spesel tentulah frenship dengan BFF tetap tegar dan rapat, buat reunion jemput laki bini same.ewah ewahhh..best gila impian bahagia aku, ternilai gila dari hadiah dapat mini cooper merah/pink idaman hati! *gila pk future dah aku!*.kah3




tetap idaman sampai ke anak cucu!<3 <3 <3






maksud kebahagiaan bagi kamu pulak?duet berkepuk?belajar sampai dapat gelaran doc? ke anak sepenuh stadium bukit jalil?mari berkongsi..:)))



12 comments:

Emy said...

berdrama lah pule~~

Afyfa said...

hahaha interesting lar cite kamu kak ika.. hehehe..
Memang best kerja ni jumpa rmy keletah org.. Nak kerja jugak lar cmini...hahaha

Kebahagiaan bg saya??/ Em mesti lar dpt suami hemsem macam Iqram Dinzly, Dicintai dan mencintai (hahaha lawk gile) anak2 yang cmey2.. Jadi doc yang cool gile... And then bahagiakan mak, ayah, adik smua,... And dpt mengekalkan hbungan ngan my bestie... Syg Smuanya..hahah (adakah sgt over kebahagiaan saya..lalaal~)

Miss kak Ika.. =)

aku adalah aku said...

menarik gak citer Hj Ieka ni... tapi panjang sangt... aku bace point2 penting... yang ko bold tu.. maybe yang tu penting kot.. take note... nnti kuar exam... ha3...

kebahagain untuk aku... mesti la lulus pro exam... then grad cepat2... x yah fikir pasal study....

[i.dont.know.who.i.am] said...

kene bukak kaunter lg satu kart farmasi tu, bhgn kaunseling..ika, ko jadi kaunselor la..hik2..mest dpt up gaji..hik2

Dr. MUhsIn said...

ika mmg suke berdrama dari dulu lagi!!!
hahaahahaha...lain kali cakap kat pak cik tu jgn la makan makanan yg boleh tambah kandungan uric acid tau such seafood n also makann yg byk iron...okeh!!!

farah hafizah said...

mcm pakcik aku je yg kau described tu?ape name die?

zUlaikha rAzak said...

emy:hahaha..i kan ratu drama..:PPP

zUlaikha rAzak said...

k.afy:hahahaha...amin..smoge smoge dpmudahkan ntok u.
x over pun.berangan itu kdg2 perlu taw...manetaw dpt betol2 ke?bgee

zUlaikha rAzak said...

sarimon:hahaha..ak suke x sedar dah tertulis panjang sampai beribu lemon!heee

amin..semoge ko dapat ape yg ko impian..ak pun doakan ko lulus dgn flying kaler.wuhoo!

zUlaikha rAzak said...

shimon:hihi.sgt gud idea!!!mgkin boley cube?hahahaXD

zUlaikha rAzak said...

MUHSIN:HAHAHA...baek!!!ak dah cp dah.tapi pakcik ckp..dy tak makan tuh sume..camne???-_-"

zUlaikha rAzak said...

paah:t kalo dy dtg lagi a tanye name k.pomis!