Sunday, November 16, 2014

PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PEGAWAI DIETETIK U41

Hye!

sebenarnye aku memang dah berniat awal2 dari dapat tawaran pergi temuduga haritu lagi, aku akan update pengalaman aku. fuhh. dahla tak pernah2 pergi interview cari keje. sekali teruihhh iv spa. kau ghase pengsan tak pengsan aku nak hadap realiti serta cabaran yang melanda tetibe? hehe

since aku ni student and tak pernah ade pengalaman pergi temuduga. hehe. yelah haritu lepas habes belajar memang gamble abes x pergi mintak kerja mane2. sebab hati konon dah tetap nak pursue study.hekhek

so here we goooooo~~

1) 1st thing aku buat is, google. and aku bace segala pengalaman orang and soklan2 pebret yang selalu ditanya masa iv. Aku nasihat kan korang yang bakal iv, jgn sekadar tengok, cuba catit dan cari jwpn agar kau tak menyesal di kemdian hari muehehe

ni antara soalan yang 1st aku catit masa google. nampak tak betapa neves smpai tulisan~~~aigooo *tepukpale*





2) benda seterusnya kau kena buat is, selongkar segala sijil and kepeluan lain yang kau wajib ada (dia state satu2 dlm surat. and kalau boleh susun secara teratur ikut susunan. Ada pengalaman kawan2 yang tak pernah ada experience g spa, tak tersusun sijil2 ikut format spa, habes kena marah2 dengan pegawai berkenaan. so jgn spoil kan mood kau,.. nak iv kan? keep calm and kemas file.

turutan: ic>surat beranak (wajib) > rzut upsr> rzut pmr? rzut spm> muet> berhenti sekolah> transkrip matrik> sijil degree> transkrip degree> sijil jawatan (ikut dr tinggi ke rendah, tak kesah kalau kau pengerusi masa skolah rendah pun. dia ttp depan kalau itu plg terer kau penah pgg dlm hdp )

3) pakaian. kena tahu pakai baju apa. lelaki kalau boleh baju kemeja putih, blazer hitam and seluar slack hitam. While peremmpuan, baju kurung lah. jgn liplap or mak datin sgt youuuu. keronsang kecik. and jgn plih color yang makngah sgt.u know hat i mean riteeee. kasut bertutup yaw..

ok dah siap.
Makanya, pada hari temuduga, baca lah paper, tahu isu semasa bukan sahaja dalam. luar negara pun kena tahu okeyyy. and isu berkaitan jawatan yang kau tengah nak pergi. macam aku.confirm lah kena tahu pasal isu kesihatan masa sekarang. macam sekarang isu tepung racun, makanan hospital tak sedapp. ebola lalala

Time Hari iv. aku cuak nak mampsss weh. hanya mampu berselawat je. sbb dengar kawan2 kena kemaen mencabarrr. Aku memang tawakal habes lah. nk terkencing taknak nak taknak jee rase . aku dapat masuk no 4. patut kena iv pukul 9pg. tp dtg awal, dlm pukul 8.45pg dah kena panggil masuk..*mukabiru* hahaha

Soalan yang aku kena

sebelum masuk bilik iv, jgn lupe selawat. KETUK PINTU BEFORE MASUK! and masa melangkah try to smile as sweet as u can. bagi salam and wish morning.aku salam dengan interviwer perempuan tu. bina rapport. kemon kemonn. ^^

dan segalanya bermula...

DARI PEGAWAI SPA yg so fatherly.. (taipsambilsenyum hehe)
1) zulaikha, introduce urself. u may speak in english since we have to assess ur english proficiency. U may introduce ur name, ur parents siblings, and what ur doing rite now. so aku bebel lah ape yg ptt.

2) pegawai spa tanya berapa tahun clinical year aku kena hadap selama degree dulu.

3) zulaikha betul ke org ckp kencing manis ni skt keturunan. berapa % rasanya risk kepada org yng ada keturunan dm nak dapat dm? ahaa gulpp gulppp

4) 'dari mana zulaikha kenal dietetik? apa cita2 sebenar zulaikha." . aku dah start nak gelak.alahai pegawai spa baheknyee.kenapa mcm rasa tgh bsembang dgn bapak lak ni.hihi. jwpn rahsia. sebab skema hahaha

5)betol ke kalau nak ank putih kena minum soya? zulaikha percaya ke? soalan ni buat aku nak gelak.sebab masa aku jwpn.dia mcm bminat gilee. and dia gelak2. aku dahla minah kuat gelak. kau ghase menahannn cemnae je aku mase tu?KAHKAHKAH

SETEL.then dia pass kat pgawai diet utk iv aku

1) boleh ceritakan pgalaman plg zulaikha xleh lupekan mse clinical year dlu? aku cerita kes pkcik icu myastania crisis aku.sori pkcik kalau tertokok tambah kan cerita kasik drama akasia sket.kehkehkeh

2) kalau dpt jwtn ni. sggp tak kena hntar kt sabah sarawak. NI SOALAN WAJIB.jgn nk lurus benduol sgt.MOHON buat2 bminat dan x kesah.

3) kalau dihntar ke pdalaman, mcm mana nak terapkan minat terhadap pemakanan kt org2 kat sana

4) apa tugas2 seorang pgawai dietetik?

dah siappp

depa suruh aku tanya.. aku tanya lah " apa pandangan tuan haji dan puan terhadap masa depan dietetik di malaysia lagi 5 tahun' bhahah. tergugup tuan hji.tapi bukan niat aku nak tgk dia cmntu.aku cume nak jd realisitik.sbb bidang ni org rmai kt luar sne msh x knl lagi even da bertapak berbelas thun kan.

nasib puan dt jawab. and ive got very nice answer from her. dia cakap inshaAllah depa duk usaha biar dietitian kat msia, jadi macam international dt kt oversea. ade title ' REGISTERED DIETITIAN= RD' yeayy May Allah ease ^^

Aku tak kena soalan susah mana. aku bersyukur sgt. tak tahu lah sbb depa mmg tak nak plih sebba tahu aku stdnt lg, sbb tu takmo bagi soalan ssh sgt or kenapa. ada rezeki ada lah.


buat kwn2 dt lain, do revise
-gst, rmk10, nkra
-logo, visi, misi, skop kerja tugas jwtn and kementrian yg di offfer
-akta makanan 1983
- gmp, haccp
-clinical  of course
-kes yg kau pnah kena handle dlu
-fyp mase degree
and so on.semoga bermanfaat

InshaAllah.last part kau kena buat setelah berusaha bersungguh2 is tawakal dan doa sungguh2 hari2.semoga ini tebaik utk dunia khirat kau. Lillahitaala.^^

coretan berakhir.bai =)



6 comments:

Unknown said...

Interview dlm bhasa inggeris ke? Saya berminat nak jdi pegawai dietetik tp mcm mana halatuju selepas spm?

zUlaikha rAzak said...

hai PyKA Chuuu iv mula2 je dalam english, masa nak kenalkan diri lepas tu in malay :).. lepas spm awk boleh masuk matrik n lepas tu apply ke mana2 uni yg tawarkan bidang dietetik ye...

Anonymous said...

assalamualaikum, nak tanya dari diploma teknologi makanan boleh ke sambung kpd ijazah sarjana muda dietetik ?? tq

Unknown said...

Assalamualaikum sis, yg visi misi kementerian tu, kementerian apa ye? And xphm part yg sis kene interview pasal kementerian yg offer??

zUlaikha rAzak said...

anonymous : boleh refer dekat qualification and requirement dietetic IPT mane yang awak nak sambung ye.. sebab requirement setiap university berlainan.. ada yang mahu lepasan matrik sahaja dan ada juga yang terima lepasan diploma, harap membantu, Thank you.

zUlaikha rAzak said...

mr jusoh : Waalaikumsalam.. misi visi bergantung pada kementerian untuk jawatan yang dipohon. Contoh: pegawai dietetik/ doktor perubatan/nurse---> kementerian kesihatan malayasia. Harap membantu.Tq