Wednesday, May 18, 2011

jerawat ialah makhluk tuhan paling gedik.

dulu kulit aku halus, mulus juga selembut bayi.ramai kawan2 aku dengki and sebuk nak tanya ape rahsia dapat kulit menawan camtu.terasa riak, setiap kali mesti jawab dengan jawapan mintak penampor lagi typical, "ouh, aku amek wudhu je.-_-"". time tue aku ingat lagi, aku just guna pencuci muka keluaran indon ala jenama temulawak, kau pernah denga ke?berkesan beb, muka aku putih, mengaku mix cina pun laku kot.kah3.*muka riang menipu*. tapi semua nya start berubah bila umi aku tibe2 suruh aku stop guna product tue.katenya bahaya, dah jangan nak mengada, nanti kena kanser kulit susah pulak.aku redha dan start mencuba pelbagai produk lain.

keredhaan aku membawa aku ke satu dimensi yang lain, ecehh..apehal ayat aku makin bangang lagi skema nie?ok, sambung balik, time tue aku ingat lagi, remaja beb, keinginan nak melawa membuak2, banyak gila product aku try, and muke aku feel gile ah, takda kesan buruk, cam sume gerak cunnn je. kau cakap ape jenis product aku tak try, dari yang international product sampai lah ke produk orang2 kita cam sendayu tinggi etc. paling lawak, aku pernah try pakai olay total effect yang nak prevent wrinkle tue.apekejadahnya aku punya kejahilan time tue.nasib baik sinar keinsafan muncul tak lama pas umi aku bebel asek tukar2 product and wasting kawan syaiton. umi aku campak syurah.and aku janji time tue nak loyal separuh mati dengan beliau. andd...sadly, product tue lah yang menghancurkan segalanya.ouh damn, harapkan pagar pagar makan padi.ceitt!

tapi kalau nak ikut kan takdalah teruk muka aku, *kaver beb, sakgi free2 kena saman*., just pipi aku jadi merah2, cam bertempek blusher satu baldi, ha camtu.resdung aku pun mula menjadi2.seriously, aku sentiasa rasa ini satu masalah yang buat aku upset, nak tengok muka sendiri depan cermin pun aku ngeri sebab kulit dah tak se cun dulu.LOL.

bila makin menginjak besar, kat universiti probably, masalah kulit cam makin menjadi2 kat aku, merah2 dah takda dah, tapi jerawat2 pulak timbul. takdalah penuh satu muka.kau gila, camtu aku lari menyorok gua nipah je.ini maybe pasal tabiat aku yang gedik suka menempek pakai bedak and foundation kot. seriously, aku paling benci bila jerawat naik kat tempat2 tontonan umum, cam kalau dekat pipi, sumpah nak senyum pun rasa pipi kembung sebelah.malu beb, tapi masalah aku nie agak bermusim lah, kalau time 'bulan penuh' atau time nak ada event2 gemilang cam dinner ke hape ke, time tue lah encik2 jerawat pun nak expose diri diorang.gile glemer betol, rasa cam nak gigit2 je sensorang.=')

jadi, aku betol2 rasa cuti 4 bulan nie time untuk aku betol2 nak jaga balik kulit aku, mana tahu bukak sem kulit aku licin.fuhhh campak semut pun terjatuh cam main ice skating je, takda bumper2.kah3. aku suke baca belog and aku tengok most of d blogger yang famous cam fatin liyana, maria elena pernah buat tutorial cara nak jaga kulit. unfortunately, dorang more prefer nak guna product mahal, bapak ah, nak paki clinelle, mary kay setiap bulan?ouh no no.bukan aku.jadi aku decide,why not kali nie aku cuba yang guna bahan natural, cara nenek moyang kita.and aku jumpa nie.jom try, at least kulit cam lisa pun dah ok dah.haha.

untuk masalah jerawat cam aku.*cakap harus penuh keyakinan*
> satu yang aku tahu and pernah try and fulamak memang best gila! senang je, amek tomato potong sikit je, dahtu amek sikit jugak putih telur, gaul and ramas sampai sebati, dahtu ape lagi.sile tepek secara sebati kat muka.busuk sikit tapi berkesan.amalkan lah at least sekali seminggu.peace.\^o^/

untuk yang teringin nak pipi merah semulajadi:
>guna HAMPAS TEH je beb.
Jangan buang terus hampas teh yang telah digunakan. Sapukan hampas teh tersebut ke muka terutama pada bahagian pipi. Biarkan lima minit dan kemudian bilas. Amalkan selalu. Pipi anda akan merah tanpa memakai ‘blusher’.*nak try nak try!*

untuk depa2 yang nak hilangkan bintik2 hitam tu:
>Ambil sikit putih telur.tak perlu lah sampai habis sebiji telur punya putih telur, agak2lah wei. Rendamkan potongan kecil2 tisu muka ke dalam putih telur dan tampal pada bahagian muka yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Tanggalkan setelah kering. Cuci muka hingga bersih dengan pencuci muka. Amalkan 2 kali seminggu.its work, believe me.:)

mahu wajah putih berseri2?cuba ini!:
> Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

sekarang baru ingat, aku punya cita2 masa matrik dulu nak jadi dermatologist more specific to beautician.aku suke ada brand aku sendiri.sekarang dah jadi nak jadi dietitian pulak.lari betol. redha je lah..soooo...aku share tadi bukan je boleh dicuba oleh kaum wanita yang care sal kecantikan, tapi jugak untuk kaum lelaki.hey, no escape ok. lelaki pompan sama je.kulit kena bersih beb, baru rock!
p/s: aku sekarang pakai product natasha gold, tapi cam nak tukar je, korang pakai ape.ada yang best tak? any suggestion jom share.:)

    
pehal kau comel sangat?




























12 comments:

Sachi Asukai said...

ahahhahaa.syg!ko memang comelll!ha, kan aku dah puji ni :P LOL~

zUlaikha rAzak said...

haha..ngex lah ngah...aku nak kulit bersih cam kau boleh????haha!

Just.A.Blogger said...

kulit ibarat tanah, kalo subur byk tumbuhan..tumbuhan tu jerawat la...hehehe

Sembang Kemas said...

pehal kau comel sangat ika?

Amalina 'Izzati said...

wah..wah.. k.ika bkak kedai facial ekh cuti2 nih...ngeh3x..btw gud tips!! n u cun jgk la skrg..hotzz gtu...hehe n agak plik ur comment x naek kt blog amal tp dlm e-mail msuk plak..haizzz adekh belOg anda ad virus ??? O_o

Unknown said...

akak..kt gune produk garnier(lisa sirihani weh!!!)haha..

alhamdlillah..jrurawat semakin khilangan kerja..rmai yg berhenti kerja..

silalah try produk garnier yek..

Anonymous said...

hahahahha..dah jd pakar kecantikan plak.. dah tukar cos ke

zUlaikha rAzak said...

shimon:so..adekah ini bermakna aku juge subur? *mate bersinar2 penuh harapan*.kah3

zUlaikha rAzak said...

epul: ko ckp smbil tgk muke lisa kan?T_T

zUlaikha rAzak said...

AMAL:hahaha..wahh..ny lah junior yg kite cari slame ny.pandai bodek!haha...sile try ye amal:)..btw, belog k.ika ok jep.ke belog amal yg prob?ce cek ce cek..

zUlaikha rAzak said...

eca: dlm byk2 hanye eca yg mnjwb soklan..T_T

hahahaha..alaa..kalo camtu tinggi lah kadar pengganguran kat kalangan dorg.cam sadis je..:P

btw, akk dah pnh try, tp kulit jadi merah2 lak..sensitip thap gedik ok kulit ny.

zUlaikha rAzak said...

abe:hahahaha...ok jugak.cam menarek je kalo dpt tuka.:P